Cute Sprout Pot Dunia Sains: Flora yang terdapat di Malaysia.

Monday 12 November 2012

Flora yang terdapat di Malaysia.



Pokok Dungun adalah sejenis tumbuhan  yang terdapat di hutan Malaysia. Nama saintifiknya Heritiera littoralis Dryand.





Tumbuhan ini adalah sejenis kurma yang hidup di Malaysia.






Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok Antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.






Tumbuhan ini merupakan salah satu spesis paku pakis yang terdapat di Malaysia . Spesis ini berbeza dengan paku pakis yang biasa kita lihat kerana pakis ini lebih cantik kerana mempunyai dahan dan daun yang bercabang-cabang.






Buah Kesusu atau nama saintifiknya Prainea limpato merupakan sejenis buah yang saya anggap unik kerana mempunyai rupa bentuk yang tidak seperti buah-buahan yang lain. Buah ini  dikatakan berasal dari Borneo, namun menurut rujukan ia juga dipercayai terdapat di Semenanjung Malaysia. Selain nama kesusu, nama lain yang digunakan ialah seperti Buruni, Ematak, dan Karon.






Ini buah katak puru. Atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora. Pokok ini sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Buah katak puru juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat2 tertentu di Malaysia. Buahnya memang enak dimakan dan mempunyai khasiat yang cukup tinggi. Namun jarang diambil berat oleh kebanyakan masyarakat kerana tidak dikomersilkan.




Kemangi atau nama saintifiknya Ocimum sanctum Linn dari keluarga “Lamiaceae /Labiatae” adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Pokok Kemangi merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah.






Sukun atau bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘breadfruit’ adalah sejenis tumbuhan yang dipercayai berasal dari Polynesia. Di Malaysia, terdapat dua jenis buah sukun iaitu yang berbiji dan tidak berbiji. Kebiasaanya, bahagian yang boleh dimakan adalah lebih kurang 68% dari berat asal buah sukun yang telah dibuang kulut empulurnya. Pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan menggunakan buah sukun terutamanya sajian snek ringan dan pembeka selera. Antaranya ialah seperti Cekodok sukun, kerepek sukun dan sukun goreng.



No comments:

Post a Comment